Ticker

6/recent/ticker-posts

Gmie Screen Miliki Jutaan Fans di Indonesia


Malaysia-Hajmi bin Haji Ibrahim (lahir 11 September 1971), atau lebih dikenali sebagai G-Mie, merupakan  vokalis Kumpulan Screen. Bakat menyanyi Gmie Screen mula dikesan penggubah asal Singapura, S. Atan, hampir tiga dekade lalu.
Hajmi bekerja sebagai seorang kerani di sebuah perusahan perkapalan, dan sudah lama bekerja di sana sekitar 1996, ia mendapat banyak dukungan dari pihak majikannya bagi bergiat dalam bidang hiburan. Hajmi turut menyertai pertandingan Gegar Vaganza (musim 3) (2016), tetapi nyaris "gagal" pada minggu keenam, iaitu Gmie yang menyampaikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal kumpulan XPDC.

Bagaimanapun, dia diberikan imunitas 'Pamoga Qu Puteh' daripada penaja GV3, Datuk Seri Vida untuk mengantarkan beliau ke pentas semi final pertandingan itu.Hajmi membawakan lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan Salam Terakhir pada malam akhir program tersebut.
Bermula pengelibatan dlm industri seni muzik pada 1990 dgn Nama UNIQUE menghasilkan satu Album.pada tahun 1993 terus menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi Nama SCREEN dengan Album pertama yang di lancarkan berjudul SHA NA NA dan legasi diteruskan dgn album-album yang lain.

Kumpulan SCREEN telah menghasilkan 9 buah Album  11 buah Album kompilasi, sehingga saat ini masih berkarya dan membuat persembahan di merata tempat di Malaysia..masih kekal dgn kumpulan...dibarisi dgn....
Gmie - vokal
One - guitar
Adie - bass
Halim - guitar
Pat - drum...
Kumpulan Screen ini memiliki peminat jutaan di Indonesia, terkenal dengan lagu mereka Bila Cinta di Dusta yang pernah ditayangkan dan mewarnai di Beberapa Televisi di Indonesia.(GN)